Sumber dari Majalah Mingguan Wanita Bil. 1477
![]() |
| sumber : google images |
Kejadian ini memang selalu terjadi kepada kita. Tapi hasil daripada kajian berikut ini mungkin boleh menjadi panduan untuk anda dalam menangani masalah diet yang sedang dialami. Menurut pakar diet, minum diantara satu hingga dua gelas aie outih sebelum makan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh Brenda Davvy, Virginia Tech di Blacckburg, mereka yang berdiet dan minum air sebelum makan, tiga kali setiap hari, berat badannya turun sekitar lima kilogram lebih banyak berbanding diantara orang berdiet lain yang tidak meningkatkan pengambilan air putih mereka. Kata Brenda lagi, minum air putih sebelum makan akan menyebabkan perut rasa penuh dan kenyang sehingga memberi signal pada otak untuk tidak meneruskan makan dengan kuantiti yang banyak. Minum selepas makan juga akan menyebabkan rasa kenyang sehingga tidak lagi terasa untuk menambah makanan. Ini disebabkan air putih yang diminum sebelum makan mengisi perut dengan zat tanpa sebarang tambahan kalori, Untuk melengkapinya, para penyelidik menyarankan agar wanita mengamalkan minum air putih sebanyak lapan hingga sembilan gelas sehari manakala lelaki pula minum sebanyak 13 gelas sehari









