:: CHenTa HaTi kAmi ::

Sunday, 15 April 2012

= Elak STRESS Makanlah Bayam =

Assalamualaikum...
 

sumber dari Mingguan Wanita Bil.1482



                Sekiranya anda sedang stress, cubalah makan bayam. Ini kerana sayuran dari keluarga Amaranthaceae ini dipercayai mampu membantu menenangkan fikiran. Magnesium dan mineral yang terdapat di dalam sayuran hijau ini bukan sahaja menyumbang terhadap kesihatan tubuh badan tetapi juga mampu mengurangi stress yang kerap mengganggu. 


               Menurut para penyelidik, magnesium dan mineral mampu menghilangkan rasa sakit kepala, mengatasi rasa mudah letik dan juga menurunkan kadar ketegangan. Sebab itu, bayam didapati mampu mengurangkan stress. 


Sumber :Google Image

               Jika tidak menyukainya, anda boleh membuat hidangan bayam segar dengan dengan sedikit kreativiti anda sendiri. Mungkin anda boleh cuba untuk mengambilnya sebagai salad dengan campuran bahan lain seperti sandwic dan sebagainya.



               Ia sangat praktikal kerana boleh dijadikan hidangan sihat bukan sahaja sebagai sarapan tetapi juga hidangan ketika waktu sibuk.

Selamat mencuba....daaaaa....


No comments: