:: CHenTa HaTi kAmi ::

Sunday, 15 April 2012

= Elak STRESS Makanlah Bayam =

Assalamualaikum...
 

sumber dari Mingguan Wanita Bil.1482



                Sekiranya anda sedang stress, cubalah makan bayam. Ini kerana sayuran dari keluarga Amaranthaceae ini dipercayai mampu membantu menenangkan fikiran. Magnesium dan mineral yang terdapat di dalam sayuran hijau ini bukan sahaja menyumbang terhadap kesihatan tubuh badan tetapi juga mampu mengurangi stress yang kerap mengganggu. 


               Menurut para penyelidik, magnesium dan mineral mampu menghilangkan rasa sakit kepala, mengatasi rasa mudah letik dan juga menurunkan kadar ketegangan. Sebab itu, bayam didapati mampu mengurangkan stress. 


Sumber :Google Image

               Jika tidak menyukainya, anda boleh membuat hidangan bayam segar dengan dengan sedikit kreativiti anda sendiri. Mungkin anda boleh cuba untuk mengambilnya sebagai salad dengan campuran bahan lain seperti sandwic dan sebagainya.



               Ia sangat praktikal kerana boleh dijadikan hidangan sihat bukan sahaja sebagai sarapan tetapi juga hidangan ketika waktu sibuk.

Selamat mencuba....daaaaa....


Wednesday, 4 April 2012

= Minum air Cara mudah untuk Kurus =

Assalammualaikum...


Sumber dari Majalah Mingguan Wanita Bil. 1477
sumber : google images

Kejadian ini memang selalu terjadi kepada kita. Tapi hasil daripada kajian berikut ini mungkin boleh menjadi panduan untuk anda dalam menangani masalah diet yang sedang dialami. Menurut pakar diet, minum diantara satu hingga dua gelas aie outih sebelum makan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh Brenda Davvy, Virginia Tech di Blacckburg, mereka yang berdiet dan minum air sebelum makan, tiga kali setiap hari, berat badannya turun sekitar lima kilogram lebih banyak berbanding diantara orang berdiet lain yang tidak meningkatkan pengambilan air putih mereka.  Kata Brenda lagi, minum air putih sebelum makan akan menyebabkan perut rasa penuh dan kenyang sehingga memberi signal pada otak untuk tidak meneruskan makan dengan kuantiti yang banyak. Minum selepas makan juga akan menyebabkan rasa kenyang sehingga tidak lagi terasa untuk menambah makanan. Ini disebabkan air putih yang diminum sebelum makan mengisi perut dengan zat tanpa sebarang tambahan kalori, Untuk melengkapinya, para penyelidik menyarankan agar wanita mengamalkan minum air putih sebanyak lapan hingga sembilan gelas sehari manakala lelaki pula minum sebanyak 13 gelas sehari

Tuesday, 3 April 2012

Pertunangan aku, dia dan...KAMI

Assalamualaikum... 


Alhamdulillah....pada tarikh 25 March 2012 aku telah sah menjadi tunang kepada dia..Majlis kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...Majlis bermula pada puku 3.00 petang. Pada hari  tersebut aku menyarungkan busana berwarna merah hitam yang serba ringkas dan solekan dari D'yy Andaman..thanks kak..cantek sgt... 


:: From my BFF Miss Ajnija and Mrs. AdaNaz ::


Pada majlis tersebut aku menerima 2 bentuk cincin dan 13 dulang hantaran antaranya jam tangan, kasut, sepasang persalinan untuk majlis pernikahan, beg tangan, haruman dan sedikit manisan dari pihak lelaki. Aku pula membalas hantaran dari pihak lelaki sebanyak 17 dulang antaranya sebentuk cincin, jam, persalinan, kasut, haruman dan buah-buahan. Hantaran yang aku bagi kat dia sume aku buat sendiri tau...kiranya puas hati la...cantek atau tak..tak kisah la..janji hasil tangan aku sendiri..pening tau nak decorate macam mana...

:: aku + dia = Kami ::
:: credit to cameraman Muhammad Huzaini ::

Masa majlis tu jugak my bff aku pun datang..Cik Ajnija dan Puan AdaNaz..thanxs korang...nervous gak mase nk sarung cincin...tak tau nk buat macam mane...segan ade, excited ade...hehehehe...nasib la my BFF ade.. and then..Alhamdulillah..sume dah selamat... :) dua-dua family dah sepakat majlis pernikahan akan diadakan pada 1 June 2012 dan majlis resepsi pada 2 June 2012. Majlis bertandang pada 9 June 2012. insyaallah..doakan kami berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin....
:: with my BFF ::



Terima kasih gak kepada sume yang hadir masa majlis pertunangan aku...yang membantu secara langsung dan tidak langsung...thanks gak kepada SekociNorlie untuk  HB yang sangat cantekkk....terima kasih sangat...

:: we and my BFF's  ::
 Thanks....